Deposit Rumah Sewa: Apa Yang Penyewa & Tuan Rumah Perlu Tahu?
“Deposit rumah sewa” selalu jadi topik yang penyewa dan tuan rumah mau tau.
Berapa banyak kena bayar?
Bila boleh dapat balik?
Boleh kah guna deposit untuk bayar sewa bulan terakhir?
Dalam artikel ni, kita akan cerita pasal semua yang kamu perlu tau tentang deposit rumah sewa di Sabah ,jenis-jenis deposit, hak penyewa dan tuan rumah, serta tips supaya deposit kau tidak hangus.
Jom kita faham lebih lanjut!
Apa itu Deposit rumah sewa ?
Deposit rumah sewa ni ialah duit yang penyewa kena bayar sebelum masuk rumah sewa sebagai jaminan untuk tuan rumah.
Tujuannya supaya kalau ada kerosakan, tunggakan sewa, atau bil belum bayar, tuan rumah boleh guna duit tu untuk cover kos tu.
Biasanya, deposit yang biasa diminta ialah dua bulan sewa untuk deposit keselamatan dan satu bulan sewa untuk deposit bil utiliti, tapi jumlah ni boleh berubah ikut perjanjian antara penyewa dan tuan rumah.
Jenis-Jenis Deposit Rumah Sewa
Bila menyewa rumah, penyewa biasanya kena bayar beberapa jenis deposit sebelum masuk.
Ini sebagai jaminan untuk tuan rumah kalau ada kerosakan, tunggakan sewa, atau bil yang belum dibayar.
Berikut adalah jenis-jenis deposit rumah sewa yang biasa digunakan:
1. Deposit Keselamatan (Security Deposit)
• Biasanya 2 bulan sewa
• Digunakan untuk baik pulih rumah jika ada kerosakan masa penyewa keluar
• Jika rumah dalam keadaan baik, deposit ini akan dipulangkan sepenuhnya
2. Deposit Utiliti (Utility Deposit)
• Biasanya 1 bulan sewa
• Digunakan untuk bayar bil tertunggak (air, elektrik, Indah Water) kalau penyewa keluar tanpa bayar
• Akan dipulangkan jika semua bil sudah dijelaskan
3. Deposit Booking (Earnest Deposit)
• Ada tuan rumah yang minta deposit booking untuk “lock” rumah sementara tunggu penyewa masuk
• Biasanya akan dikira sekali dalam deposit keseluruhan
• Tidak dipulangkan jika penyewa batalkan perjanjian tanpa sebab munasabah
4. Deposit Perabot (jika rumah berperabot)
• Untuk rumah yang fully furnished atau ada perabot asas
• Digunakan jika ada perabot rosak atau hilang masa penyewa keluar
5. Deposit Binatang Peliharaan (Pet Deposit) – jika ada
• Sesetengah tuan rumah minta deposit tambahan jika penyewa ada kucing, anjing, atau haiwan lain
• Untuk cover kos pembersihan atau kerosakan yang mungkin berlaku
Berapa Jumlah Deposit yang Perlu Dibayar?
Formula biasa yang digunakan di Malaysia:
✅ 2 bulan sewa (deposit keselamatan)
✅ 1 bulan sewa (deposit utiliti)
✅ 1 bulan sewa awal (bayaran sewa bulan pertama)
➡️ Total: 4 bulan sewa sebelum masuk rumah
Contoh: Kalau sewa RM1,000/bulan, maka total deposit kena bayar RM4,000 sebelum masuk rumah.
Hak Penyewa & Tuan Rumah Berkaitan Deposit Rumah Sewa
Bila menyewa rumah, penting untuk penyewa dan tuan rumah faham hak masing-masing supaya tidak timbul masalah, terutama berkaitan deposit rumah sewa.
Berikut adalah hak penyewa dan tuan rumah mengikut undang-undang sedia ada.
Hak Penyewa
✅ Berhak Terima Balik Deposit Jika Tiada Masalah
• Jika rumah dalam keadaan baik dan semua bil telah dibayar, tuan rumah mesti pulangkan deposit dalam tempoh yang dipersetujui, biasanya 14-30 hari selepas penyewa keluar.
✅ Deposit Tidak Boleh Digunakan Suka-Suka oleh Tuan Rumah
• Tuan rumah hanya boleh tolak deposit jika ada kerosakan rumah, tunggakan sewa, atau bil tertunggak.
• Jika tiada masalah, deposit mesti dipulangkan sepenuhnya.
✅ Boleh Minta Bukti Jika Deposit Ditolak
• Jika tuan rumah mahu tolak deposit, penyewa berhak minta bukti, contohnya gambar kerosakan atau bil tertunggak.
✅ Boleh Gunakan Undang-Undang Jika Deposit Tidak Dipulangkan
• Jika tuan rumah enggan pulangkan deposit tanpa alasan munasabah, penyewa boleh buat aduan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) atau ambil tindakan undang-undang.
✅ Hak untuk Semak Kontrak Sebelum Tandatangan
• Penyewa berhak baca dan fahamkan perjanjian sewa sebelum tandatangan.
• Jika ada syarat yang tidak adil (contohnya “Deposit tidak akan dipulangkan walau apa pun keadaan”), penyewa boleh bincang semula sebelum setuju.
Hak Tuan Rumah
✅ Berhak Pegang Deposit Selama Tempoh Penyewaan
• Deposit bukan duit sewa tetapi jaminan sepanjang tempoh sewa.
✅ Boleh Gunakan Deposit untuk Baiki Kerosakan atau Tunggakan Bil
• Jika penyewa merosakkan rumah, tinggalkan bil tertunggak, atau tidak bayar sewa terakhir, tuan rumah boleh guna deposit untuk cover kos tersebut.
✅ Berhak Tolak Deposit Jika Penyewa Langgar Perjanjian
• Contohnya, penyewa keluar sebelum tamat kontrak tanpa notis, deposit boleh dianggap hangus (bergantung pada perjanjian).
✅ Boleh Tetapkan Syarat untuk Pemulangan Deposit
• Tuan rumah boleh letak syarat seperti “rumah mesti dikembalikan dalam keadaan asal” untuk deposit dipulangkan.
• Penyewa wajib ikut syarat dalam perjanjian.
✅ Boleh Ambil Tindakan Jika Penyewa Enggan Bayar Deposit
• Jika penyewa tidak bayar deposit seperti dalam perjanjian, tuan rumah boleh membatalkan sewaan.
Apa Perlu Dilakukan Jika Ada Masalah dengan Deposit?
➡ Jika Penyewa Tak Dapat Balik Deposit:
1. Minta penjelasan & bukti dari tuan rumah.
2. Jika masih tidak dipulangkan tanpa alasan munasabah, buat aduan ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).
➡ Jika Tuan Rumah Tak Dapat Kos Baik Pulih Dari Penyewa:
1. Ambil gambar atau rekod kerosakan sebelum penyewa keluar.
2. Tolak deposit berdasarkan bukti, dan maklumkan penyewa.
3. Jika kerosakan lebih besar dari deposit, boleh ambil tindakan undang-undang.
Tips Supaya Deposit Rumah Sewa Tidak Hangus
Banyak penyewa mengalami masalah deposit tidak dipulangkan selepas keluar dari rumah sewa.
Untuk elak kerugian, berikut beberapa tips penting supaya deposit rumah sewa tidak hangus.
1. Baca & Fahami Perjanjian Sewa
✅ Sebelum tandatangan, pastikan faham semua syarat dalam kontrak.
✅ Tanya tuan rumah jika ada syarat yang tidak jelas.
✅ Simpan salinan perjanjian sebagai bukti jika ada masalah nanti.
2. Ambil Gambar Rumah Sebelum Masuk & Sebelum Keluar
Sebelum masuk – Ambil gambar keadaan rumah, termasuk perabot, dinding, lantai, dan peralatan elektrik.
Sebelum keluar – Ambil gambar selepas rumah dibersihkan untuk bukti bahawa rumah masih dalam keadaan baik.
Jika tuan rumah dakwa ada kerosakan, penyewa boleh tunjuk gambar sebagai bukti.
3. Jaga Keadaan Rumah dengan Baik
✅ Elakkan merosakkan dinding, lantai, atau perabot.
✅ Jika ada kerosakan kecil (contoh: mentol rosak, tombol pintu longgar), lebih baik baiki sendiri sebelum keluar.
✅ Jangan buat pengubahsuaian tanpa kebenaran tuan rumah.
4. Bayar Sewa & Bil Tepat Pada Masanya
✅ Pastikan semua bil air, elektrik, dan Indah Water telah dibayar sebelum keluar.
✅ Simpan resit pembayaran sebagai bukti jika tuan rumah cuba potong deposit untuk bil tertunggak.
5. Beri Notis Awal Sebelum Keluar
Biasanya, penyewa perlu beri notis 1-2 bulan sebelum keluar (ikut perjanjian).
Jika keluar secara tiba-tiba tanpa notis, tuan rumah boleh tolak deposit sebagai ganti rugi.
6. Pulangkan Kunci & Pastikan Rumah Bersih
๐ Pulangkan semua kunci rumah seperti yang diberikan (termasuk kad akses & remote gate).
๐งน Bersihkan rumah sebelum keluar – sampah dibuang, lantai disapu, dapur dibersihkan.
๐ Jika rumah kotor atau tinggalkan barang, tuan rumah boleh potong deposit untuk kos pembersihan.
7. Buat Perbincangan dengan Tuan Rumah Sebelum Keluar
✅ Sebelum pindah keluar, buat pemeriksaan rumah bersama tuan rumah.
✅ Jika ada sebarang isu, bincang & selesaikan dengan baik.
✅ Minta tuan rumah tulis pengesahan jika tiada masalah untuk elak sebarang tuntutan selepas keluar.
8. Simpan Bukti Pembayaran Deposit
Simpan resit atau bukti pembayaran deposit sebagai rujukan jika ada pertikaian di kemudian hari.
Jika deposit tidak dipulangkan tanpa sebab yang sah, penyewa boleh buat aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) untuk tuntut semula deposit.
Kesimpulan
Deposit rumah sewa ni memang penting, baik untuk penyewa ataupun tuan rumah.
Penyewa kena faham hak sendiri supaya deposit boleh dipulangkan balik, dan tuan rumah pun ada hak guna deposit kalau ada kerosakan atau bil belum bayar.
Supaya deposit tidak hangus, penyewa mesti jaga rumah Bagus-bagus, bayar semua bil sebelum keluar, bagi notis awal, dan simpan bukti pembayaran.
Kalau ada masalah, bincang dulu dengan tuan rumah. Kalau masih tidak selesai, boleh buat aduan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).
Kalau semua ikut perjanjian dan jaga komunikasi dengan baik, penyewa dan tuan rumah boleh elak masalah serta buat urusan sewa jadi lebih mudah dan adil.
Jadi, faham sudah kan? Kalau perlukan khidmat ejen hartanah, jangan malu-malu, jom contact saya! Saya ready bantu kamu cari rumah sewa yang ngam !
Linda Maji Property Sabah
0176308760
Comments
Post a Comment