TIPS BELI RUMAH PERTAMA
Membeli rumah pertama memang satu keputusan besar, jadi pastikan kamu ada perancangan yang betul supaya tidak menyesal kemudian hari.
Banyak orang buat silap sebab beli rumah ikut emosi, bukan ikut kemampuan.
Di sini saya kongsikan tips penting untuk beli rumah pertama, khas untuk kamu yang baru mahu mula.
1.Tentukan Sebab & Jenis Rumah yang Kamu mahu.
Sebelum beli rumah, kena tahu dulu tujuan utama mau beli rumah ni:
•Mau duduk sendiri atau sebagai pelaburan?
•Jenis rumah apa yang sesuai? (Apartment, rumah teres, semi-D, atau banglo?)
•Lokasi mana yang strategik & harga boleh naik masa depan?
Tips:
•Kalau mau duduk sendiri, pilih lokasi yang dekat dengan tempat kerja, sekolah, hospital, dan kedai.
•Kalau mau buat pelaburan, cari kawasan yang senang disewakan dan ada potensi naik harga.
2.Kira Bajet & Kelayakan Kewangan.
Sebelum mencari rumah, pastikan kamu tahu berapa harga rumah yang mampu dibeli.
Formula Mudah Kira Kelayakan Loan
• Gaji bersih x 200 = Anggaran kelayakan pinjaman
• Contoh: RM3,000 x 200 = RM600,000 (anggaran loan layak)
200 itu adalah anggaran kasar yang biasa digunakan untuk mengira kelayakan pinjaman perumahan berdasarkan gaji bersih.
Tapi ini cuma anggaran asas. Bank akan tengok juga komitmen bulanan, rekod CCRIS/CTOS, dan kadar DSR (Debt Service Ratio) sebelum luluskan loan.
Tips:
• Pastikan ansuran bulanan rumah tidak lebih 30% daripada gaji supaya tidak membebankan.
• Semak kelayakan pinjaman dengan menggunakan kalkulator loan bank atau LPPSA jika kamu adalah penjawat awam.
3.Sediakan Kos Tambahan untuk Beli Rumah.
Selain bayaran ansuran bulanan, ada beberapa kos tambahan yang perlu disediakan:
✔ Booking Fee (2-3% dari harga rumah)
✔ Deposit Rumah (10%) jika guna pinjaman 90%
✔ Yuran Guaman & Duti Setem
✔ Insurans MRTT/MRTA
Tips Jimat:
• Guna Skim Rumah Pertama (SRP) / LPPSA untuk loan 100% tanpa deposit.
• Cari rumah dengan zero deposit dari pemaju.
4.Pilih Bank & Jenis Pinjaman Rumah .
Terdapat dua jenis pinjaman rumah utama:
• Pinjaman Konvensional – Faedah berubah mengikut kadar pasaran.
• Pinjaman Islamik – Tiada riba & lebih stabil.
Tips:
• Bandingkan kadar faedah antara bank untuk dapatkan pinjaman terbaik.
• Gunakan DSR (Debt Service Ratio) di bawah 60% supaya senang lulus loan.
5.Cari Rumah yang Sesuai & Buat Semakan
Selepas tahu bajet dan jenis loan yang sesuai, boleh mula cari rumah idaman.
Tips Pilih Rumah:
• Pilih lokasi yang ada kemudahan lengkap (sekolah, hospital, kedai, pengangkutan awam).
• Pastikan kawasan tidak selalu banjir atau berisiko tinggi.
• Kalau beli rumah subsale (rumah second-hand), pastikan rumah masih dalam keadaan baik.
Jika beli rumah subsale:
• Semak geran rumah & status pemilik supaya tiada masalah di kemudian hari.
• Pastikan tiada hutang tertunggak atau sekatan bank atas rumah tersebut.
6.Loan & Tunggu Kelulusan.
Kalau sudah yakin dengan pilihan rumah, seterusnya boleh buat permohonan loan.
Proses Mohon Loan:
1. Hantar permohonan ke bank pilihan atau LPPSA kalau kamu ialah penjawat awam.
2. Sediakan dokumen seperti slip gaji, penyata KWSP, CCRIS & dokumen rumah.
3. Tunggu 14-30 hari bekerja untuk keputusan loan.
Tips:
• Kalau loan tidak lulus, semak laporan CCRIS/CTOS untuk pastikan kamu tiada rekod buruk.
• Cuba mohon loan di bank lain atau kurangkan komitmen bulanan kalau perlu.
7.Tandatangan SNP & Urus Peguam
• Kalau beli rumah subsale, perlu lantik peguam untuk uruskan Sales & Purchase Agreement (SNP).
• Kalau beli rumah baru dari pemaju, pemaju akan sediakan perjanjian jual beli.
Tips:
• Baca semua terma dalam SNP sebelum tandatangan.
• Pastikan ada klausa tentang tarikh serahan kunci & denda jika lewat.
8.Tunggu Rumah Siap & Terima Kunci
Selepas loan lulus dan semua bayaran dibuat:
• Kalau beli rumah subsale, proses pindah milik ambil masa 3-6 bulan.
• Kalau beli rumah baru, kena tunggu sampai rumah siap (kalau under-construction).
Tips:
• Semak rumah sebelum pindah masuk, pastikan tiada kecacatan.
• Kalau ada masalah, buat tuntutan jaminan (defect liability period) kepada pemaju.
Jadi ,beli rumah pertama memang bukan perkara kecil, pastikan kamu buat keputusan yang bijak. Jangan tergesa-gesa, buat perancangan awal & semak semua aspek kewangan sebelum beli rumah.
Kalau kau masih ragu-ragu atau tidak tahu mahu mula dari mana, cari ejen hartanah yang boleh bantu. Yang penting, ambil tindakan sekarang supaya impian beli rumah jadi kenyataan .
Semoga berjaya! 🏡✨
Perlu kan khidmat ejen Hartanah area kota kinabalu boleh cari saya .
Linda Maji Property
https://wa.me/60176308760?text=
Comments
Post a Comment