KISAH RUMAH SEWA YANG MENJADI "GOLDMINE"
KISAH RUMAH SEWA YANG MENJADI “GOLDMINE”
Di sebuah kampung di luar Kota Kinabalu, ada seorang lelaki bernama Robert yang baru sahaja memulakan perjalanan dalam dunia pelaburan hartanah.Robert, yang dulu bekerja sebagai mekanik, tidak pernah terfikir pun untuk jadi pemilik hartanah. Tapi bila dia lihat kawan-kawan sebaya dah mula melabur, dia pun rasa “Eh,saya pun mau cuba juga lah!”
Mula dengan Rumah Tua
Robert jumpa rumah teres lama yang dijual dengan harga rendah. Rumah tu memang agak uzur, dengan pintu yang bunyi "creak" macam cerita seram dan tingkap yang selalu tertutup sendiri bila angin datang. Ramai orang kata, “Jangan beli, nanti menyesal.” Tapi Robert, dengan beraninya berkata, “Ini peluang, bukan masalah!”
Dia pun beli rumah tu dengan harapan mau buat rumah sewa. Tapi, apa yang dia tidak tahu ialah rumah tu ada ‘personaliti’ sendiri. Kadang-kadang ada bunyi pelik dalam rumah tu, macam ada hantu main bola di tingkat atas. Tapi, Robert tidak kisah. Dia fikir, “Nanti kalau ada penyewa, boleh bagi mereka tinggal bersama ‘teman-teman’ baru.”
Penyewa Pertama yang ‘Ajaib’
Setelah beberapa bulan renovasi (yang lebih banyak memanggil tukang untuk baiki lebih daripada buat apa-apa), rumah tu pun siap. Robert pun cari penyewa. Akhirnya, ada pasangan muda yang berminat nak sewa. Mereka nampak okay, nampak suka dengan rumah tu, walaupun dapur dia agak "kelam kabut".
Beberapa minggu selepas mereka masuk, Robert dapat mesej: “Uncle, mau tanya sikit. Rumah ni betul-betul ada hantu kah? Kadang-kadang ada bunyi orang jalan atas bumbung, padahal tiada siapa-siapa.”
Robert pun terkejut. “Hantu? Tidak lah, itu mesti bunyi atap lama sebab angin,” katanya sambil gelak dalam hati. Tapi, dia malas mau buat masalah besar, so dia jawab saja, “Ya, itu ‘special effect’ untuk bagi rumah ni lebih menarik hehe”
Dapat Idea Bisnes Lain
Walaupun rumah itu ada sejarah seramnya, rupanya penyewa-penyewa lain suka pula .Robert mula dapat idea. Kenapa tidak buat konsep “homestay hantu” kan? Memandangkan ada orang yang suka pengalaman seram, Robert buat iklan menarik, “Rumah Sewa dengan Pemandangan Laut dan … Hantu yang Menarik “
Dan, alangkah terkejutnya Robert, ramai yang datang, cuma mau dapat pengalaman seram dan tinggal di rumah yang ada 'atmosfera'. Rumah itu jadi 'viral' di media sosial dan dalam masa beberapa bulan, Robert dapat lebih ramai penyewa daripada yang dia jangka.
Tiba-Tiba Menjadi Pelaburan Emas
Robert tidak sangka, rumah yang dulunya dianggap tidak bernilai, kini jadi tempat orang datang untuk pengalaman seram. Dari situ, dia dapat idea untuk beli beberapa lagi rumah lama, ubah sikit-sikit dan jadikan konsep pelaburan yang unik. Jadi, bukan saja rumah itu jadi sumber pendapatan sewa, malah dia juga mula buat duit dengan konsep homestay seram.
Namun, dia tidak lupa bagi amaran kepada penyewa sebelum datang, "Kalau ada bunyi pelik, jangan terkejut. Itu hantu lama yang datang tengok rumah baru."
Kesimpulan: Kadang-Kadang, Pelaburan Itu Macam Hantu
Kisah Robert ni mengajar kita satu benda – kadang-kadang, pelaburan hartanah tu tidak seperti yang kita bayangkan. Ada saja benda yang tidak dijangka, macam rumah dengan hantu (yang mungkin cuma bunyi atap saja). Tapi, siapa sangka, yang ‘hantu’ itu boleh jadi ‘goldmine’!
Jadi, moral dari cerita ni adalah, jangan pandang sebelah mata pada hartanah yang nampak tidak menarik. Kadang-kadang, ia cuma perlu sedikit sentuhan dan kreativiti untuk jadikan ia sesuatu yang boleh memberi pulangan lumayan.
Siapa tahu, mungkin rumah yang nampak biasa tu boleh jadi pelaburan yang luar biasa, atau … mungkin ada "teman-teman" yang boleh bantu menarik penyewa! Tidakk bah hehe.
jika kamu sedang mencari hartanah untuk dibeli atau disewa, atau mungkin ingin menjual,Hubungi kami hari ini, dan mari kita mulakan perjalanan pelaburan hartanah yang menguntungkan ⬇️
Linda Maji Property Sabah
0176308760
Comments
Post a Comment