Posts

Analisis Pasaran Hartanah Terkini di Malaysia: Harga, Permintaan & Peluang Pelaburan

Analisis Pasaran Hartanah Terkini di Malaysia: Harga, Permintaan & Peluang Pelaburan Hai Orang Sabah ! Kalau kamu tengah plan mau beli rumah, jual hartanah, atau start melabur, kamu kena faham dulu keadaan pasaran sekarang. Tahun 2024 ni, harga rumah makin naik, permintaan masih tinggi, dan banyak peluang untuk pelaburan. Jadi, mari kita tengok apa yang berlaku dalam pasaran hartanah Malaysia sekarang. 1. Harga Rumah: Naik atau Turun? Harga rumah makin naik, sekitar 3.3% tahun ni. Purata harga rumah sekarang sekitar RM486,678 seunit. Di kawasan bandar besar macam KL, Penang, Johor Bahru, harga makin mahal sebab permintaan tinggi. Tapi kalau di luar bandar, harga masih boleh tahan, banyak rumah bawah RM500K yang mampu milik. ➡ Apa maksudnya? Kalau kamu plan mau beli rumah, lebih baik cepat sebelum harga makin naik. 2. Permintaan Rumah: Siapa yang Beli? Sekarang, yang paling banyak beli rumah ialah: ✔ Orang muda & pembeli rumah pertama – Fokus cari rumah mampu milik & apartm...

KISAH RUMAH SEWA YANG MENJADI "GOLDMINE"

Image
KISAH RUMAH SEWA YANG MENJADI “GOLDMINE” Di sebuah kampung di luar Kota Kinabalu, ada seorang lelaki bernama Robert yang baru sahaja memulakan perjalanan dalam dunia pelaburan hartanah.Robert, yang dulu bekerja sebagai mekanik, tidak pernah terfikir pun untuk jadi pemilik hartanah. Tapi bila dia lihat kawan-kawan sebaya dah mula melabur, dia pun rasa “Eh,saya pun mau cuba juga lah!” Mula dengan Rumah Tua Robert jumpa rumah teres lama yang dijual dengan harga rendah. Rumah tu memang agak uzur, dengan pintu yang bunyi "creak" macam cerita seram dan tingkap yang selalu tertutup sendiri bila angin datang. Ramai orang kata, “Jangan beli, nanti menyesal.” Tapi Robert, dengan beraninya berkata, “Ini peluang, bukan masalah!” Dia pun beli rumah tu dengan harapan mau buat rumah sewa. Tapi, apa yang dia tidak tahu ialah rumah tu ada ‘personaliti’ sendiri. Kadang-kadang ada bunyi pelik dalam rumah tu, macam ada hantu main bola di tingkat atas. Tapi, Robert tidak kisah. Dia fikir, “Nanti ...

Cerita Lucu dalam Dunia Properti: Bila Impian Menjadi Realiti

Dunia properti memang tidak pernah sunyi dengan cerita-cerita menarik, lebih-lebih lagi yang penuh dengan kejutan dan kadang-kadang, kisah yang lucu! Di Sabah, ada banyak cerita yang menggelikan hati yang melibatkan rumah, tanah, dan jiran-jiran yang kadang-kadang lebih menghiburkan daripada apa yang kita jangka. 1. Rumah Impian Yang Ternyata Bersebelahan "Impiannya" Juga Pernahkah kamu membeli rumah dengan harapan ia akan menjadi tempat yang tenang, jauh dari kesibukan kota? Tapi, bila sudah masuk rumah baru, rupa-rupanya jiran sebelah suka buka muzik kuat-kuat, sampai tengah malam! Inilah yang terjadi kepada seorang pembeli rumah di kawasan yang kononnya sunyi dan damai. Ternyata, dia bukan sahaja dapat rumah impian, tapi juga "konsert malam" dari jiran yang tidak pernah tidur . 2. Taman Indah Tapi tidak Tahan Dengan Tanaman Ada juga cerita lucu tentang orang yang beli rumah dengan taman yang besar. Walaupun niatnya untuk menanam bunga-bungaan yang cantik dan poko...

Deposit Rumah Sewa: Apa Yang Penyewa & Tuan Rumah Perlu Tahu?

“ Deposit rumah sewa ” selalu jadi topik yang penyewa dan tuan rumah mau tau. Berapa banyak kena bayar? Bila boleh dapat balik? Boleh kah guna deposit untuk bayar sewa bulan terakhir? Dalam artikel ni, kita akan cerita pasal semua yang kamu perlu tau tentang deposit rumah sewa di Sabah , jenis-jenis deposit, hak penyewa dan tuan rumah, serta tips supaya deposit kau tidak hangus. Jom kita faham lebih lanjut! Apa itu Deposit rumah sewa ? Deposit rumah sewa ni ialah duit yang penyewa kena bayar sebelum masuk rumah sewa sebagai jaminan untuk tuan rumah. Tujuannya supaya kalau ada kerosakan, tunggakan sewa, atau bil belum bayar, tuan rumah boleh guna duit tu untuk cover kos tu. Biasanya, deposit yang biasa diminta ialah dua bulan sewa untuk deposit keselamatan dan satu bulan sewa untuk deposit bil utiliti, tapi jumlah ni boleh berubah ikut perjanjian antara penyewa dan tuan rumah. Jenis-Jenis Deposit Rumah Sewa Bila menyewa rumah, penyewa biasanya kena bayar beberapa jenis deposit sebelum m...

CARA KIRA KELAYAKAN LOAN RUMAH DENGAN MUDAH

Image
Cara Kira Kelayakan Loan Rumah dengan Mudah Kalau kamu plan mau beli rumah, langkah pertama kena tau berapa harga rumah yang mampu beli sebelum apply loan. Ni cara paling senang mau kira! 1. Guna Formula DSR (Debt Service Ratio) Bank guna DSR untuk cek sama ada layak atau tidak. Formula DSR: Bank biasa akan bagi limit DSR dalam 60%-70% (ikut gaji & polisi bank). 2. Kiraan Kasar Kelayakan Loan Contoh 1 : Gaji RM3,500 (Tiada Komitmen Lain) Bank biasa bagi DSR 60% Maksimum mampu bayar untuk loan rumah: RM3,500 x 60% = RM2,100 Loan yang boleh lulus (30 tahun, 4% interest): RM2,100 ~ RM450,000 Boleh beli rumah harga lebih kurang RM450K Contoh 2 : Gaji RM3,500 (Ada Loan Kereta RM700) Gaji bersih selepas tolak hutang kereta: RM3,500 - RM700 = RM2,800 Maksimum mampu bayar untuk loan rumah: RM2,800 x60% = RM1,680 Loan yang boleh lulus (30 tahun, 4% interest): RM1,680 ~ RM360,000 Boleh beli rumah sekitar RM360K 3. Guna Kalkulator Online Kalau malas kira manual, boleh cek pakai kalkulator...

MASIH MENYEWA ? INI 7 SEBAB KENAPA KAMU PERLU BELI RUMAH SEKARANG

Image
Kalau kamu masih menyewa, ada beberapa sebab kenapa boleh sudah beli rumah dari sekarang: 1. Duit Sewa Hilang Macam Tu Ja ! Tiap bulan kamu bayar sewa, tapi rumah tu tetap milik orang lain. Kalau beli rumah sendiri, tiap bulan bayar tu sebenarnya jadi pelaburan untuk kamu juga .- tidaklah ,tiap tahun pindah rumah, sampai kucing pun stress ikut kamu angkat barang🫣 2. Harga Rumah Semakin Naik Kalau tunggu lama, harga rumah makin tinggi. Beli awal lagi bagus supaya tidak terbeban dengan harga yang makin mahal nanti - jangan sampai nanti simpanan sudah cukup, tapi rumah tinggal yang saiz parking saja 🫣 3. Mengelak Kenaikan Sewa Tiap tahun, tuan rumah boleh naikkan sewa sesuka hati. Kalau ada rumah sendiri, tidak perlu risau pasal benda ni lagi.— tidaklah ,tiap kali dia naikkan sewa, kamu pun naik tekanan darah🫣 4. Rumah Boleh Jadi Pelaburan Bukan sekadar tempat tinggal, rumah boleh jadi aset yang kamu boleh jual balik dengan harga lebih tinggi atau sewakan untuk dapat duit pasif— tidak...

CARA BELI RUMAH PELABURAN DI MALAYSIA

Image
Beli rumah untuk pelaburan bukan sekadar beli suka-suka, tapi kena ada strategi supaya kamu boleh dapat untung jangka panjang. Banyak orang kaya di Malaysia sebab pelaburan hartanah, jadi kalau kamu mau mula, kamu kena tau cara pilih rumah yang ngam dan teknik mau dapat duit dari property. 1. Kenapa Pelaburan Hartanah Bagus? Pelaburan rumah ni salah satu cara paling selamat & menguntungkan kalau kamu buat dengan betul. Antara sebab kenapa ramai suka melabur dalam hartanah: ✔ Pendapatan Sewa – Setiap bulan penyewa bayar kamu, boleh jadi pendapatan pasif. ✔ Kenaikan Nilai (Capital Appreciation) – Harga rumah makin lama makin naik. ✔ Leverage dengan Loan – Boleh beli rumah guna duit bank, tapi untung kau yang punya. Contoh : Kamu beli rumah harga RM300,000. Lepas 5 tahun, harga naik jadi RM400,000. Kalau kau jual, kau untung RM100,000. Kalau sewakan, setiap bulan kau dapat income! 2. Jenis-Jenis Pelaburan Hartanah Ada beberapa cara untuk buat duit dengan pelaburan rumah: a) Sewa Panja...

PROSES JUAL BELI RUMAH PROJEK

Proses Jual Beli Rumah Projek (Under Construction / New Launch) di Malaysia Beli rumah dari pemaju (developer) lebih mudah berbanding rumah subsale sebab tidak perlu urus pindah milik dan semuanya sudah disediakan oleh pemaju. Tapi masih ada beberapa langkah penting yang kamu kena faham supaya urusan lancar. 1. Pilih Projek Rumah & Buat Semakan Awal Sebelum buat keputusan beli, pastikan kamu periksa beberapa perkara: Reputasi Pemaju – Pernah projek terbengkalai? Banyak komplen dari pembeli sebelum? Lokasi & Kemudahan – Dekat dengan tempat kerja, sekolah, hospital, kedai? Harga & Skim Pembayaran – Ada diskaun, cashback, atau free MOT? Status Tanah – Freehold atau Leasehold? Bumi-lot atau Non-Bumi? Tips : Semak review pemaju di Google atau media sosial. Kalau boleh, pergi showroom dan tengok rumah contoh. 2. Bayar Booking Fee & Sign Letter of Offer (LO) Kalau sudah yakin mau beli, kena bayar booking fee (biasanya RM500 - RM5,000) kepada pemaju. Selepas bayar booking f...

PROSES JUAL BELI RUMAH SUBSALE

Kalau kamu mau beli rumah subsale (rumah second-hand), ada banyak perkara kamu kena faham supaya urusan berjalan lancar. Proses dia lebih rumit berbanding beli rumah baru dari pemaju sebab kena lalui beberapa peringkat, termasuk loan, peguam, dan tukar nama geran. Jadi, di sini saya kongsikan step-by-step cara beli rumah subsale. 1 .Cari Rumah & Buat Semakan Awal Sebelum kamu beli rumah, pastikan periksa benda penting ini dulu: ✔ Lokasi & keadaan rumah – Ada banjir? Dekat dengan sekolah, hospital, kedai? ✔ Harga pasaran – Berbaloi atau tidak harga yang penjual minta? ✔ Status rumah – Freehold atau Leasehold? Bumi-lot atau Non-Bumi? ✔ Sebab penjual mau jual – Ada hutang tertunggak? Rumah bermasalah? Tips : Pergi lawat rumah dulu sebelum beli, jangan main bayar terus. Kalau boleh, bawa kontraktor untuk periksa keadaan rumah, takut banyak yang rosak. Semak harga pasaran guna Brickz, iProperty, atau tanya ejen hartanah. 2. Bayar Booking Fee & Dapatkan Letter of Offer (LO) Kal...

TIPS BELI RUMAH PERTAMA

Membeli rumah pertama memang satu keputusan besar, jadi pastikan kamu ada perancangan yang betul supaya tidak menyesal kemudian hari. Banyak orang buat silap sebab beli rumah ikut emosi, bukan ikut kemampuan. Di sini saya kongsikan tips penting untuk beli rumah pertama, khas untuk kamu yang baru mahu mula. 1.Tentukan Sebab & Jenis Rumah yang Kamu mahu. Sebelum beli rumah, kena tahu dulu tujuan utama mau beli rumah ni: • Mau duduk sendiri atau sebagai pelaburan? • Jenis rumah apa yang sesuai? (Apartment, rumah teres, semi-D, atau banglo?) • Lokasi mana yang strategik & harga boleh naik masa depan? Tips : •Kalau mau duduk sendiri, pilih lokasi yang dekat dengan tempat kerja, sekolah, hospital, dan kedai. •Kalau mau buat pelaburan, cari kawasan yang senang disewakan dan ada potensi naik harga. 2.Kira Bajet & Kelayakan Kewangan. Sebelum mencari rumah, pastikan kamu tahu berapa harga rumah yang mampu dibeli. Formula Mudah Kira Kelayakan Loan • Gaji bersih x 200 = Anggaran kelaya...

CARA BELI RUMAH GUNA LPPSA

Sebelum saya share macam mana mau beli rumah guna LPPSA Saya jelaskan dulu Apa Itu LPPSA ? LPPSA (Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam) ialah badan yang menyediakan pembiayaan perumahan khas untuk penjawat awam di Malaysia. LPPSA menggantikan sistem pinjaman perumahan kerajaan yang dulu diuruskan oleh Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP). Fungsi Utama LPPSA  ➡️Memberi pembiayaan rumah kepada penjawat awam. ➡️Membantu penjawat awam memiliki rumah sendiri dengan kadar faedah rendah. ➡️Menyediakan pinjaman sehingga 100% (tiada deposit 10% seperti loan bank). Siapa yang Layak Mohon LPPSA? ✔️Penjawat awam tetap di Malaysia. ✔️Berkhidmat sekurang-kurangnya 1 tahun. ✔️Gaji mencukupi untuk bayar ansuran bulanan. ✔️Umur tidak melebihi 90 tahun (termasuk tempoh pinjaman). Contoh penjawat awam yang layak: Guru, polis, tentera, doktor, nurse Pegawai kerajaan dalam kementerian atau jabatan kerajaan. Apa Jenis Rumah yang Boleh Dibiayai LPPSA?  ✔️Rumah under-construction (beli dari p...